Sunday 17 September 2017

Mengejutkan! Inilah Yang Terjadi Kepada Khai Bahar Selepas Video Duet Dengan Siti Nordiana Jadi Viral



Mengejutkan! Inilah Yang Terjadi Kepada Khai Bahar Selepas Video Duet Dengan Siti Nordiana Jadi Viral


Selepas video duetnya dengan Siti Nordiana di aplikasi Smule viral di media sosial, Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22 menerima pelbagai komen positif mengenai nyanyiannya. Dia turut menerima pelbagai undangan dan permintaan untuk menjalani temubual daripada beberapa media dan stesen radio tempatan.
"Alhamdulillah, selepas nyanyian duet saya dengan Siti Nordiana menjadi viral laman sosial Instagram, Facebook dan YouTube saya dibanjiri peminat sehingga kini sudah mencecah 97,000 pengikut.
"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana untuk balas semua komen dan banyak juga pihak yang menawarkan saya untuk nyanyi di majlis-majlis mereka menerusi Instagram.
"Sekarang saya terpaksa serahkan kepada kakak saya untuk uruskan dan balas komen-komen kerana saya tidak larat nak balas semua permintaan mereka," ujarnya.

Artikel menarik:- 
Kenapa Saya Menyanyi Tutup Mulut? Ini Penjelasan Khai Bahar!

Video yang menerima lebih 1 juta tontonan sejak dimuat naik membuatkan Khai kini menjadi rebutan. Bagaimana pun, dia sudah pun mengikat kontrak dengan NAR Record sebelum video tersebut jadi viral lagi. 

Dia bakal datang ke Kuala Lumpur minggu depan bagi memulakan kerjaya sebagai artis dan merakam lagu pertamanya.
"Saya berasal daripada Perlis dan sejak tujuh bulan lalu saya berpindah ke Sarawak dan bekerja sebagai busking di sebuah kedai milik kawan saya.”

Khai yang juga peminat Siti Nordiana terus mencari akaun Smule Nana selepas mengetahui yang penyanyi itu juga sudah ada di Smule. 
"Saya memang terlalu minat dengan Siti Nordiana terutama selepas dia menang Gegar Vaganza 2. Bila seorang kawan beritahu Siti Nordiana sudah ada aplikasi Smule untuk berduet saya terus gigih mencari akaun dia untuk menyanyi bersama.
"Saya gembira bila dia juga menulis komen positif dengan nyanyian saya di situ. Insya-Allah, impian saya dapat berjumpa dan nyanyi betul-betul dengan dia di atas pentas suatu hari nanti," ujarnya.

No comments:

Post a Comment